binoculars white

Visi

“Pendidikan inklusif berkualiti pelajar berkeperluan khas gemilang”

target

Misi

“Memastikan program dan perkhidmatan yang berkualiti bagi membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan khas mencapai potensi maksima”

Negara Brunei Darussalam mengamalkan konsep “Pendidikan Inklusif” sejak tahun 1994. Unit Pendidikan Khas (UPK) ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah Unit di bawah Pejabat Setiausaha Tetap Pendidikan Teras. Pada 1 Jun 2021, UPK dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan di Kementerian Pendidikan dan dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Khas.

 

Program Pendidikan Inklusif bermula pada tahun 1997 setelah Guru-Guru Pendidikan Khas (Guru SENA) tamat Kursus Sijil Pendidikan Khas. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan Pendidikan Inklusif dengan kerjasama pihak sekolah dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Untuk memantapkan Sistem Pendidikan Inklusif di negara ini, guru Special Education Needs Assistance (SENA) mempunyai peranan utama untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang fleksibel, iaitu secara perseorangan/individu atau dalam kumpulan kecil 1:3, terutamanya untuk Pelajar Berkeperluan Khas tahap tinggi yang mempunyai Pelan Pendidikan Individu (Individualised Education Plan – IEP).

 

Inklusif dalam pendidikan atau pendidikan inklusif adalah konsep dan proses menangani dan memenuhi kepelbagaian serta keperluan semua pelajar. Perkara ini bersangkut-paut dengan hal-ehwal kehadiran, penyertaan dan pencapaian semua orang tanpa menghiraukan ketidakupayaan mereka, jantina, etnik, agama atau lokasi geografi. Perkara tersebut memerlukan beberapa peruntukan dari segi pendidikan, amalan dan program untuk menangani kepelbagaian dan keperluan semua pelajar. Salah satu pendekatan pendidikan seperti ini adalah melalui Pendidikan Khas.

 

Pendidikan Khas merujuk kepada peruntukan khusus, amalan dan program yang dilaksanakan bagi menyokong dan mencapai agenda Kementerian Pendidikan berkaitan pendidikan inklusif. Pendidikan Khas merupakan salah satu daripada pendekatan di bawah Kementerian Pendidikan yang memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan khusus dari segi pembelajaran Pelajar-Pelajar Berkeperluan Khas.

Address

Block 2J3:04, Tingkat 3,

Bangunan Kondominium Ong Sum Ping,

Jalan Jawatan Dalam,

Bandar Seri Begawan, BA1311,

Negara Brunei Darussalam

Email

Upnk@jss.moe.edu.bn

PNG Logo (1)